Wednesday, February 26, 2014

'BR1Mless' - Laporan Palsu Hina Taraf Hidup Kaum India di Malaysia

Tindakan sebuah portal berita menyiarkan satu artikel berkenaan kisah sebuah keluarga kononnya warganegara Malaysia yang kesempitan hidup dilihat sebagai satu laporan palsu.

Malah,artikel bertajuk 'Br1MLess' yang disiarkan di portal berita Rakyat Times pada 24 Februari  ini dilihat sebagai satu percubaan untuk memperlekehkan masyarakat India di Malaysia.

Menerusi tinjauan di lokasi kejadian, ianya terbukti bahawa keluarga ini bukan merupakan warganegara Malaysia akan tetapi menetap di Sri Lanka.

Laporan portal pro pembangkang ini juga mendakwa terdapat sebuah keluarga yang tinggal di kawasan setinggan sekitar Jalan Air Panas dekat Setapak terpinggir dari menikmati kemudahan itu berikutan tiada kad pengenalan diri yang sah. [LIHAT ARTIKEL DI SINI]

pov06



Penulis berkenaan turut menggambarkan kedaifan hidup yang dialami keluarga ini sehinggakan ada di antara seorang anak dari ahli keluarga tersebut tidak bersekolah berikutan kesempitan hidup dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Namun, kebanyakan penduduk sekitar lokasi kejadian menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Menurut seorang penduduk yang menetap hampir 40 tahun di situ yang juga memiliki bengkel membaiki kenderaan, John, 64, beliau menafikan bahawa keluarga terbabit adalah warganegara Malaysia, sebaliknya merupakan pendatang asing dari Sri Lanka.

Baca LAPORAN PENUH selanjutnya disini (klik) 

Tonton video temubual bersama salah seorang penduduk disitu.



Dulu hina kaum India dengan label mereka sebagai Bangla dan menghalang mereka dari mengundi...sekarang hina lagi dengan laporan palsu ?

FIKIR-FIKIRKANLAH



0 comments:

Post a Comment